28 JUN 2012 :: Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Dan merupakan hari ulang tahun aku yang ke-21. "OKey SHARUL sekarang kau dialam dewasa, please matang sikit", itulah ayat yang kawan aku harapkan untuk tahun nie, Ok aku try ubah kepada yang lagi matang insyaAllah... hehe. tak lupa jugak kepada kawan2 yang wish my birthday hari nie. Alhamdulillah terharu sangat, ramai xterkata, thanks a lot to all friend that wish for my birthday, almost 700 people. I really2 appreciate it peeps. Ade yang IM ade yang TAG & ade yg CALL . really2 thanks a lot. :D
Khamis, 28 Jun 2012
Selasa, 19 Jun 2012
Selasa, 29 Mei 2012
Assalamualaikum ^^v
Alhamdulillah, akhirnyer dapat jugak aku bekerja untuk tempoh 1 bulan cuti semester, happy sangat2. ada jugak orang yang simpati dengan aku untuk ambil bekerja. insyaAllah aku akan buat yang terbaek dan rajin rajin hehehe... dalam masa yang sama jugak, adik ngah aku dapat notebook percuma dr bekas sekolah dia kat raub, conform happy sebab dapat notebook percuma. untuk laa budak2 sekarang mcm2 dapat, thanks a lot to Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Najib kerana prihatin beliau terhadap rakyat Malaysia. siap2 yang dapat, syabas diucapkan. :)
Khamis, 24 Mei 2012
Assalamualaikum.. Break Semester :)
hari hari ku dipenuhi dengan senyuman (meluat pulak dengan ayat nie -. .-')
waaa lame jugak xupdate blog nie, rindu giler kot nk update blog, just takde kesempatan jer. ape ape pown, untuk kali nie aku nak share story sikit berkaitan dengan break semester aku kali nie. selalunyer cuti sem nie cari duit cket kan, tapi aku? haaa makan tido makan tido, hari hari kene membebel dengan mak bapak aku... maklum laaa cuti sem 2 bulan jer... celah mane laa nak amek aku bkerja... bukan malas mencari, dah banyak aku mencari... tapi semua nk ber interview... sampai sekarang 1 panggilan kerja pown xde melekat ke aku... Ya Rabbi...bayangkanlaaa. Alhamdulillah untuk cuti semester nie... aku dapat laa jugak duit poket hasil kerja dengan bapak aku, dengan memasang kanopi untuk majlis masjlis kawin. better ade jugak kerja drp takde langsung kan. hehehe ini pown baru jer habis settle pasang kanopi... minggu nie ramai jugak customer nak order kanopi untuk majlis majlis kawin... alhamdulillah ade jugak rezeki aku tuk duit poket bulan nie... bagus jugak, upah memasang pown bapak aku yang kasi, hehehe . rase tenang sikit lepas satu satu beban nak kene tanggung... alhamdulillah result semester 5 aku cukup membanggakan, walaupown x dapat dekan... yang penting aku dah buat yang terbaek untuk semester 5 nie... next semester aku dah last semester, conform banyak laaa homework homework yang aku kene buat. dengan project besar yang aku kene buat lagi... mudah mudahan segalanya tugasan semester depan, dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya Amin... ok laa aku pown dah takde idea nak menaip nie... dah makin mengarut kot , esok pagi aku kene hantar mak aku pegi keje plak, itulah keje keje harian aku... hehe gud nite semua :)
Jumaat, 13 April 2012
The Best of "Drama of Story Telling" by DIP5 S2 "12 April 2012 (Khamis)"
Assalamualaikum, hai guy's, kita jumpa lagi kn? hehe... hari nie aku nak kongsi sikit berkaitan dengan malam Drama Story Telling yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Muadzam Shah Pahang. semalam, ingat nk update blog, tapi terbantut pulak sebabnyer semalam penat sangat2x, satu hari prepare untuk drama jer. semalam memang best sangat2x dengan budak2x classmate aku yang masing2x hapenning dengan watak lakonan masing2x. apa2x pun malam semalam semua dah buat yang terbaek. syabas diucapkan. :)
nie laaa pelakon2 group aku, hahahaha comei2x semuanyer... haha, mase nie aku and da geng tgh prepare tuk lakonan malam esok... sambil2x tu amek gambar kejap. hehe
dan group aku laa yang first group kene lakon dulu. yang duduk at sofa tu director class kitorng, Miss Safiani Osman. Perhhhh berdebar giler jantung nie bila dh berlakon atas pentas yg sebenar, tp dh makin lame dh macam best pulak kn. xsangka! hehe ini lah watak2x group kami. "cerita kami mengisahkan seorang anak yang derhaka, tak menghormati orang tua, dan akhirnyer si ibu pown mati sebab sakit tenat. anknyer pown menyesal". agak2x korang sedih xcerita kitorng? sape yang trlepas tengok group kitorang, rugi sangat2x, seriusly!
Ain Amalina ---> Minah (Anak)
Fatin Aina ---> Tipah (Ibu kepada Minah)
Izzad ---> Mail (Bapa kepada Minah)
Sharul Nizam ---> Ghazali (Kawan kepada Mail)
Firdaus ---> Kekasih Minah
Fatin Izzati ---> Siti (Kawan kepada Minah)
Maisarah ---> Atiqah (Kawan kepada Minah)
Marlia ---> Pembuka cerita
the second group nie cerita "SNOW WHITE" . korang mesti tau kan. hehe
untuk group ke-3 nie plk, aku xberapa nak paham cerita nie... yang aku perasan watak utama diorang lastly mengandung. kesah cinta kot. hahaha :D
gorup ke-4 nie drama nie drama 3 Abdul "version moden", group terbaek keseluruhan. syabas korang :)
and the last group nie, cerita diorng nie mst korang tau kn, OMBAK RINDU. hahaha tapi version laen jgk... nak tergelak aku tgk lakonan diorng nie... apa2x pown korang memang best :D
inilah lecturer kesayangan class aku, Miss Safiani Osman, my director Drama Story Telling. kami sayang cik. hehe :D
inilah gelagat and aksi clasmate aku, bergambar kenangan bersama Miss Safiani, penutup segala Drama Story Telling, akan ku ingat sampai bila2x... korang memang best :) TERBAEKKKKK!
and the last group nie, cerita diorng nie mst korang tau kn, OMBAK RINDU. hahaha tapi version laen jgk... nak tergelak aku tgk lakonan diorng nie... apa2x pown korang memang best :D
inilah lecturer kesayangan class aku, Miss Safiani Osman, my director Drama Story Telling. kami sayang cik. hehe :D
inilah gelagat and aksi clasmate aku, bergambar kenangan bersama Miss Safiani, penutup segala Drama Story Telling, akan ku ingat sampai bila2x... korang memang best :) TERBAEKKKKK!
Ahad, 1 April 2012
Assalamualaikum
Hello guy's.. lame xjumpa kan??? Ya Rabbi, dah sebulan lebih aku tak update blog aku nie, giler lama jugak laa. btw sorry sorry sangat sebabnyer aku busy dengan mini mini project aku yang tak settle2x lagi. lagi2x dengan project design, drama story telling lagi, presentation lagi... aduyai banyak jugak bende nak kene ngadap. normal laa kan, dah nama pun student. hihihi :D
bila dh pagi2x macam nie still lagi tak tido2x, lagi banyak laa idea mencurah2 aku nak luah hahaha. the first story, aku nak cerita tentang sesi photography classmate aku isnin lepas. macam sebelumnyer jugak, mesti ade jer sesi photography. tapi untuk semester nie aku xde laa nak over sangat bab2x bergambar class nie, dah semester 5. pikir profesional laa cket kn (cket jela).
last classmate aku brgambar mase semester 2, maklumlaaaa firsttime ambik gambar sekelas. bila dah duduk dpn camera, action melampau plak laa gyenyer hahaha. hot stuff laa sangat.
nie laaa gambar2x yang sempat aku tangkap before and after photography :
nie laa baju yang aku dapat tuk sesi photography classmate aq. alahai besarnyer laaa baju nie. untung laa sape yang badan besor kan, conform padan. (yg bdan besar tu jgn retase ye. hehe). ade orang cakap muke aku nie 30% kacak, 70% comeiii, btul ke? alahai...
nie plak BFF aku yang paling agak rapat buat mse nie, cewahhh. bertapa serabainyer laa kitorng dua nie. poyo jer melebih. hahaha ;D
nie geng2x classmate aku yang bru nak naik hot stuff diorng nie, hahaha: hairi rodong, man, didy, zahid & cad
nie dia rock girl "Daq Comot" a.k.a Kak Ezah.
sekali pandang biasa je, dua kali pandang comeiii plak ,hehe :D
bila budax comot bergabung. hahaha :D
- Fatin Aina & Salmaz Linda -
muke tak cukup tido, mata merah + bengkak, penanngan NesCafe + IndoCafe. betul2 taknak kasi aku tido.
blurrrrrr (--_____--' ')
Jumaat, 24 Februari 2012
+ Misteri: Pramugari Disetubuhi Hantu Raya +
Pramugari Disetubuhi Hantu Raya
CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.
Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.
Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Putus tunang
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.
Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.
Sumber : Kosmo
Langgan:
Catatan (Atom)
Kuala Lumpur Time























