hottest music

followers

Jumaat, 31 Ogos 2012

TEMERLOH - Titik Tengah Semenanjung Malaysia



PERNAHKAH anda terfikir di manakah kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia serta apakah kepentingannya kepada negara dan penduduk setempat? Sebelum ini, ada dua pendapat popular mengenai kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu di daerah Lipis dan Kampung Kertau, Maran di Pahang.

Kampung Belimbing yang terletak di Lipis dianggap titik tengah Semenanjung Malaysia sejak pemerintahan Inggeris lagi. Malah, jika berkunjung ke lokasi ini, anda boleh menemui batu penanda `0' kilometer yang menjadi rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung.
Bagaimanapun, penentuan titik tengah pada era itu dikatakan tidak begitu tepat. Ini kerana ia sekadar menjadi titik rujukan pemerintah Inggeris dan bukannya titik sebenar.


Batu Bertanda `0' kilometer di Kuala Lipis, Pahang yang menjadi rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung.

Pada masa sama, Kampung Kertau di Maran pula dikatakan sebagai titik tengah sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan ahli akademik yang gagal mencapai kata putus mengenai kedudukan sebenar titik istimewa ini.

Namun, sehingga 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah.

Bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Sallehuddin Ishak berkata, JUPEM menggunakan tiga kaedah untuk menentukan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu berdasarkan rupa bentuk muka bumi tanah Semenanjung, pengiraan jisim dan kaedah matematik.

Sallehuddin berkata, mengikut kaedah pengukuran rupa bentuk muka bumi, JUPEM melakukan pengiraan dengan menghubungkan titik-titik pada bahagian paling hujung Semenanjung menggunakan garisan di mana titik tengah Semenanjung Malaysia dikenal pasti berdasarkan pertemuan garisan berkenaan. 
Sallehuddin yang kini Timbalan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (Kemajuan Pengurusan Dan Perundangan Tanah), Ibu Pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian berkata, mengikut kaedah itu, titik pertemuannya ialah pada kedudukan x bersamaan 469053.344 dan y (464283.582) iaitu di Hutan Simpan Ulu Cheka, Lipis.

“Mengikut kaedah kedua pula, pengiraan jisim secara abstrak dengan mengandaikan kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) iaitu di Jerangsang, Benta, Lipis,” katanya kepada sisipan Rona baru-baru ini.

Sallehuddin berkata, kaedah ketiga melalui pengiraan matematik iaitu menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik.

Menurutnya, pada akhir pengiraan, titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.

"Berdasarkan tiga kaedah itu, JUPEM menyerahkannya kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan selanjutnya.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan cara terbaik menentukan titik tengah ialah berasaskan kepada keputusan yang boleh dicabar secara saintifik supaya ia dapat dibuktikan dan lebih praktikal," katanya.

Beliau berkata, penentuan itu juga dibuat dengan mengambil kira kedua-dua lokasi terdahulu yang menggunakan kaedah rupa bentuk muka bumi dan pengiraan jisim terletak di kawasan hutan dan sukar dikunjungi.

Malah, dari segi `common sense', kedudukan Lanchang, Temerloh memang terletak di antara Lipis dan Maran.

Selain itu, mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang secara strategiknya terletak di Temerloh, ia bagai sokongan kuat membuktikan lokasi ini terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.

Dari segi jarak perjalanan, Temerloh terletak tengah-tengah iaitu antara Kuantan dan Kuala Lumpur atau antara pantai barat dan timur.

Sehubungan itu, daerah Temerloh yang sebelum ini popular sebagai `bandar ikan patin' juga bakal dikenali sebagai bandar `titik tengah Semenanjung Malaysia' serta dapat membawa banyak manfaat kepada penduduk tempatan.

Sementara itu, pengiktirafan Temerloh sebagai daerah titik tengah Semenanjung Malaysia bukan saja menamatkan perdebatan di kalangan ahli akademik, malah secara langsung memberi kelebihan kepada daerah ini dalam menarik pelancong.




Sungai Pahang di Temerloh

Bandar Temerloh yang sekian lama terkenal dengan jolokan `bandar ikan patin' sudah cukup membuatkan penggemar ikan sungai berkunjung ke bandar ini untuk menikmati keenakan masakan spesies ikan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin, berkata titik tengah Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang sudah tentu menjadi tarikan untuk pengunjung melawat Temerloh yang sebelum ini terkenal dengan produk pelancongan alam sekitar.

"Tarikan terbaru ini boleh menjadi pelengkap kepada destinasi pelancongan sedia ada seperti Gunung Senyum; Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah; Santuari Rusa di Bukit Rengit dan Lembah Harimau," katanya.

Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata, kedudukan Kampung Paya Siput terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu.

"Ia dikenal pasti sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia berdasarkan pengiraan matematik oleh JUPEM," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, pengisytiharan Kampung Paya Siput, Lanchang sebagai lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia mempunyai signifikan tersendiri.

"Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah penduduk setempat perlu merebut peluang yang ada dengan bertindak secara proaktif membabitkan diri mempromosikan kawasan mereka.

"Mereka tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyediakan prasarana sebaliknya memanfaatkan peluang seperti menjual cenderahati bermotifkan titik tengah kepada pelancong," katanya.

Shafik berkata, kerajaan boleh membangunkan Temerloh tetapi akhirnya penduduk setempat perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab memeliharanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, pihaknya merancang membangunkan beberapa kemudahan di kawasan istimewa itu.

"Sudah tentu kita mahu kawasan itu mempunyai kemudahan untuk pelancong termasuk aktiviti penjualan cenderahati dan rekreasi bagi menjadikannya menarik.

"Kita juga merancang mendirikan monumen atau mercu tanda yang boleh meninggalkan kenangan kepada pelancong," katanya.

Tarif berkata, kedudukannya di kawasan Kampung Paya Siput cukup menarik kerana ia mempunyai penempatan kampung tradisional dan kemudahan asas yang lengkap.


Penduduk tempatan nanti limpahan

PENDUDUK Kampung Paya Siput, Lanchang, yakin pengiktirafan kawasan perkampungan itu sebagai titik tengah Semenanjung sudah tentu memberi makna yang mendalam kepada mereka.

Walaupun ia tidak merubah wajah kampung itu dalam sekelip mata, mereka percaya kawasan itu akan lebih dikenali dan menjadi sebutan kerana kedudukannya yang begitu unik berbanding tempat lain di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rantau Panjang, Zainal Abidin Mat Taha berkata, Kampung Paya Siput adalah antara tiga kampung yang terletak di bawah pentadbiran JKKK Kampung Rantau Panjang selain Kampung Bukit Wau dan kampung Orang Asli Bukit Licin.


Sabarudin (kiri) dan Zainal Abidin menunjukkan Titik Tengah Semenanjung yang ditanda dan disimen di bawah sebuah pondok di Darul Ulum.

"Lebih menarik, titik tengah sebenarnya terletak betul-betul di bawah sebuah pondok di pusat pengajian agama, Madrasah Darul Ulum yang diusahakan Sabaruddin Othman sejak lima tahun lalu.

"Sehubungan itu, kami berharap pihak Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan membangunkan kawasan terbabit untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan ke negeri ini," katanya.

Zainal Abidin berpendapat, suatu mercu tanda perlu dibangunkan di kawasan itu bagi membolehkan orang ramai sama ada penduduk setempat atau pelancong luar tahu kedudukan sebenar titik tengah berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, beberapa kemudahan lain juga boleh disediakan di kawasan terbabit seperti jalan masuk, tempat jualan cenderahati dan ruang perniagaan yang boleh dimanfaatkan penduduk setempat.

Bagi Sabaruddin, 43, beliau tidak keberatan membenarkan sebahagian tanahnya dibangunkan untuk kepentingan awam kerana percaya pemilihan kawasan itu ada hikmah tersendiri.

"Saya tidak mahu mengambil kesempatan di atas perkembangan ini, sebaliknya menerima apa juga keputusan pihak berkuasa tempatan.

"Saya difahamkan, titik tengah yang dimaksudkan itu terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni madrasah ini. Apa yang saya tahu, pihak berkuasa bercadang mewartakannya untuk dibangunkan dengan prasarana.

"Cuma, saya berharap beberapa pondok yang berada dalam lingkaran titik itu dapat dialihkan ke tempat lain yang lebih sesuai," katanya.

Madrasah Darul Ulum kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma.

Oleh :: Mohamad Sharul Nizam Bin Mohammad
Sumber :: Akhbar Berita Harian

Selasa, 31 Julai 2012

Semester Akhir!!! aaaahhhhh~~~

Assalamualaikum. Sebelum tu aku nak jugak laa ucap kat korang selamat menjalani ibadah puasa, hahaha intro laa katekan. Waa lamenyer aku tak singgah ke blog aku nie, rasenyer dah bersarang kot hahaha, dan hari nie aku tetibe jer mood nak update blog. Oklah dah tak tau nk bertopik pasal ape kn, so aku ceritakan laa pasal aku buat mase sekarang nie. Semester akhir, tahun akhir dan alam yang terakhir aku bergelar mahasiswa Politeknik Muadzam Shah, tak sabar kot nak habis. Untuk semester 6 yang terakhir nie aku nak kongsilah sikit berkaitan dengan modul2 yang aku akan tempuh dalam semester nie. Seriusly semester nie paling membunuh jiwa dan otak aku, PASAL APE??? haaa pasal project akhir aku laaa. Seriusly aku dengan partner tak tau nak mula macamana, jumpe supervisor pun, ade jer problem dengan project kitorang nie. Nak kene buat dari ZERO balek!! Alamatnyer mampos laa gini. :( .Semester nie aku memang tak ready ape2 pun, maklum laa seronok sangat holiday 2 bulan kan, segala benda jadi malas dan lupa. Firstday kelas dah dapat homework bertimbun2, seriusly aku langsung xsuka!! tapi mengenangkan nie dah last semester, aku akan cuba buat yang terbaek, InsyaAllah. Oklah aku dah mula meroyan, entah ape yang aku taip nie pun tak tau laa. Last sekali, modul2 yang aku akan ambik untuk semester akhir kali nie :

F5227 - VISUAL BASIB .NET PROGRAMMING
F5224 - WEB PROGRAMMING
F5230 - JAVA PROGRAMMING 2
F5228 - PROJECT
A5015 - ENGLISH FOR COMMUNICATION
PA - PENASIHAT AKADEMIK

Okey laa aku dah selesai kot update, oklaa tu daripada tak update langsung kan. Bye2 Selamat Berpuasa 2012 :)

Khamis, 28 Jun 2012

hari keputeraan ku.. haha :D

28 JUN 2012 :: Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Dan merupakan hari ulang tahun aku yang ke-21. "OKey SHARUL sekarang kau dialam dewasa, please matang sikit", itulah ayat yang kawan aku harapkan untuk tahun nie, Ok aku try ubah kepada yang lagi matang insyaAllah... hehe. tak lupa jugak kepada kawan2 yang wish my birthday hari nie. Alhamdulillah terharu sangat, ramai xterkata, thanks a lot to all friend that wish for my birthday, almost 700 people. I really2 appreciate it peeps. Ade yang IM ade yang TAG & ade yg CALL . really2 thanks a lot. :D

Selasa, 29 Mei 2012

Assalamualaikum ^^v

Alhamdulillah, akhirnyer dapat jugak aku bekerja untuk tempoh 1 bulan cuti semester, happy sangat2. ada jugak orang yang simpati dengan aku untuk ambil bekerja. insyaAllah aku akan buat yang terbaek dan rajin rajin hehehe... dalam masa yang sama jugak, adik ngah aku dapat notebook percuma dr bekas sekolah dia kat raub, conform happy sebab dapat notebook percuma. untuk laa budak2 sekarang mcm2 dapat, thanks a lot to Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Najib kerana prihatin beliau terhadap rakyat Malaysia. siap2 yang dapat, syabas diucapkan. :)

Khamis, 24 Mei 2012

Assalamualaikum.. Break Semester :)

hari hari ku dipenuhi dengan senyuman (meluat pulak dengan ayat nie -. .-')

waaa lame jugak xupdate blog nie, rindu giler kot nk update blog, just takde kesempatan jer. ape ape pown, untuk kali nie aku nak share story sikit berkaitan dengan break semester aku kali nie. selalunyer cuti sem nie cari duit cket kan, tapi aku? haaa makan tido makan tido, hari hari kene membebel dengan mak bapak aku... maklum laaa cuti sem 2 bulan jer... celah mane laa nak amek aku bkerja...  bukan malas mencari, dah banyak aku mencari... tapi semua nk ber interview... sampai sekarang 1 panggilan kerja pown xde melekat ke aku... Ya Rabbi...bayangkanlaaa. Alhamdulillah untuk cuti semester nie... aku dapat laa jugak duit poket hasil kerja dengan bapak aku, dengan memasang kanopi untuk majlis masjlis kawin. better ade jugak kerja drp takde langsung kan. hehehe ini pown baru jer habis settle pasang kanopi... minggu nie ramai jugak customer nak order kanopi untuk majlis majlis kawin... alhamdulillah ade jugak rezeki aku tuk duit poket bulan nie... bagus jugak, upah memasang pown bapak aku yang kasi, hehehe . rase tenang sikit lepas satu satu beban nak kene tanggung... alhamdulillah result semester 5 aku cukup membanggakan, walaupown x dapat dekan... yang penting aku dah buat yang terbaek untuk semester 5 nie... next semester aku dah last semester, conform banyak laaa homework homework yang aku kene buat. dengan project besar yang aku kene buat lagi... mudah mudahan segalanya tugasan semester depan, dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya Amin... ok laa aku pown dah takde idea nak menaip nie... dah makin mengarut kot , esok pagi aku kene hantar mak aku pegi keje plak, itulah keje keje harian aku... hehe gud nite semua :)

Jumaat, 13 April 2012

The Best of "Drama of Story Telling" by DIP5 S2 "12 April 2012 (Khamis)"

 Assalamualaikum, hai guy's, kita jumpa lagi kn? hehe... hari nie aku nak kongsi sikit berkaitan dengan malam Drama Story Telling yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Muadzam Shah Pahang. semalam, ingat nk update blog, tapi terbantut pulak sebabnyer semalam penat sangat2x, satu hari prepare untuk drama jer. semalam memang best sangat2x dengan budak2x classmate aku yang masing2x hapenning dengan watak lakonan masing2x. apa2x pun malam semalam semua dah buat yang terbaek. syabas diucapkan. :)


nie laaa pelakon2 group aku, hahahaha comei2x semuanyer... haha, mase nie aku and da geng tgh prepare tuk lakonan malam esok... sambil2x tu amek gambar kejap. hehe



dan group aku laa yang first group kene lakon dulu. yang duduk at sofa tu director class kitorng, Miss Safiani Osman. Perhhhh berdebar giler jantung nie bila dh berlakon atas pentas yg sebenar, tp dh makin lame dh macam best pulak kn. xsangka! hehe ini lah watak2x group kami. "cerita kami mengisahkan seorang anak yang derhaka, tak menghormati orang tua, dan akhirnyer si ibu pown mati sebab sakit tenat. anknyer pown menyesal". agak2x korang sedih xcerita kitorng? sape yang trlepas tengok group kitorang, rugi sangat2x, seriusly!

Ain Amalina ---> Minah (Anak)
Fatin Aina ---> Tipah (Ibu kepada Minah)
Izzad ---> Mail (Bapa kepada Minah)
Sharul Nizam ---> Ghazali (Kawan kepada Mail)
Firdaus ---> Kekasih Minah
Fatin Izzati ---> Siti (Kawan kepada Minah)
Maisarah ---> Atiqah (Kawan kepada Minah)
Marlia ---> Pembuka cerita 



the second group nie cerita "SNOW WHITE" . korang mesti tau kan. hehe




untuk group ke-3 nie plk, aku xberapa nak paham cerita nie... yang aku perasan watak utama diorang lastly mengandung. kesah cinta kot. hahaha :D





gorup ke-4 nie drama nie drama 3 Abdul "version moden", group terbaek keseluruhan. syabas korang :)






and the last group nie, cerita diorng nie mst korang tau kn, OMBAK RINDU. hahaha tapi version laen jgk... nak tergelak aku tgk lakonan diorng nie... apa2x pown korang memang best :D








inilah lecturer kesayangan class aku, Miss Safiani Osman, my director Drama Story Telling. kami sayang cik. hehe :D






inilah gelagat and aksi clasmate aku, bergambar kenangan bersama Miss Safiani, penutup segala Drama Story Telling, akan ku ingat sampai bila2x... korang memang best :) TERBAEKKKKK!