hottest music

followers

Selasa, 13 September 2011

+ LATAR BELAKANG HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR +

         Temerloh terletak di tengah Negeri Pahang yang berkongsi sempadan dengan Selangor dan Negeri Sembilan.  Ia merupakan daerah terbesar di Negeri Pahang.  Temerloh merangkumi kawasan seluas 2251 km persegi (225,100 hektar). Ia juga merupakan Bandar kedua terbesar selepas Kuantan dan  dijangka menjadi Pusat Pentadbiran bagi Negeri Pahang menjelang tahun 2020 selepas Kuantan di iktiraf sebagai Bandaraya Negeri Pahang.

         Daerah Temerloh terdiri dari 10 mukim dan terbahagi kepada 2 kawasan Parlimen iaitu Mentakab dan Temerloh.  Temerloh mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 200,000 yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu 72.7% Melayu, 18.5% India dan 0.1% lain-lain.

         Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh terletak di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur ?Kuantan iaitu lebih kurang 2 ?jam ke Kuala Lumpur, Hospital Sultan haji Ahmad Shah, kini mempunyai 490 buah katil boleh memuatkan sebanyak 700 buah katil di masa akan datang. Ia merupakan pusat rujukan bagi daerah Bera, Maran, Hospital Jengka, Jerantut, Raub dan Kuala Lipis. Ia juga adalah sebuah 揟eaching Hospital?bagi pelajar-pelajar UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan House Doctor Training. Ia telah dijadikan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sebagai pusat latihan klinikan bagi Jururawat Masyarakat dan Jururawat Pelatih dari Kolej Islam. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah akan dijadikan hospital yang menggunakan komputer sepenuhnya supaya ia menjadi hospital moden dan bertaraf antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan