hottest music

followers

Selasa, 9 Ogos 2011

Bangunlah BerSAHUR !!

Bulan puasa telah pun tiba. Pastinya semangat berpuasa sangat membara di kalangan umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Paling menyeronokkan apabila tiba waktu berbuka. Semua juadah pasti ingin dicuba. Tapi ramai yang tidak merasa keseronokan yang sama ketika bersahur. Kenapa? Mengapa?




      



  • MALASNYA NAK BANGUN SAHUR?

     Jawapan untuk persoalan ini sangat mudah. Pesanan Rasulullah S.A.W “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Pesanan ini sangat jelas dan ringkas. Maka sepanjang bulan Ramadhan, kita perlu sentiasa berfikiran positif sebelum tidur dan berniat untuk bangun sahur di setiap hari moga-moga kita semua mendapat kurniaan nikmat dan keberkatan dari Allah.

    • KENAPA PERLU BERSAHUR?
     Amalan bersahur adalah penting semasa berpuasa untuk memastikan tenaga kita mencukupi untuk berpuasa sepanjang hari. Bersahur diawal pagi boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga sewaktu berpuasa. Bersahur juga memastikan kita dapat mengamalkan makan secara sihat dan mengurangkan simptom akibat kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk ketika berpuasa. Sekiranya anda merancang untuk menurunkan berat badan di bulan puasa, tidak mengambil sahur bukanlah tindakan yang betul.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan